ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Foto Tiris

Views

Nampaknya teka-teki model apakah yang bakal dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) petang ini telah terjawab.

Kini sah, model Yamaha 135LC Fi (V8) yang akan dilancarkan hari ini setelah beberapa fotonya telah tertiris di Facebook.

Foto-foto model tersebut termasuk dengan risalahnya telah dimuat naik ke akaun Facebook rakan kami Vanhoe Rage.

Model yang menggunakan ‘tagline‘ “Evolusi Penakluk” ini akan ditawarkan dengan empat pilihan warna, iaitu Ruby Red, Midnight Star, Crystal Cyan dan satu versi Edisi Khas (SE) dengan warna Desert Storm.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Yamaha 135LC Fi dikuasakan oleh enjin silinder tunggal sejukan cecair 4-lejang SOHC 135cc baharu dengan suntikan bahan api yang menepati piawaian Euro 4.

Enjin ini mampu menjana 9.3kW pada 8,000 rpm dan daya kilas maksimum 12.2Nm pada 6,000 rpm.

Ia dipadankan pula dengan transmisi empat-kelajuan bersama cekam (klac) jenis basah. Kapcai ini mempunyai kapasiti tangki bahan api lebih besar berkapasiti 4.6 liter.

Motosikal mempunyai berat 109kg dan ia menggunakan kerangka jenis backbone baharu yang lebih ringan dan lebih kukuh.

Antara ciri-ciri menarik Yamaha 135LC Fi adalah speedometer jenis digital baharu, lampu hadapan jenis LED dan lampu pilot, lampu belakang jenis LED, reka bentuk cowling baharu dan pembuka tempat duduk tanpa perlu mengeluarkan kunci.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Istimewa untuk model SE sahaja, ia didatangkan dengan Yamaha Premium Basket (bakul simpanan 2 dalam 1) yang didatangkan sekali dengan soket pengecas USB tertutup, kalis air dan bukaan pelana tempat duduk yang lebih luas.

Dari segi keselamatan, Yamaha 135LC Fi dilengkapi dengan brek hadapan dan belakang jenis cakera tunggal hidraulik.

Bagi keselesaan tunggangan, ia dilengkapi dengan suspensi hadapan jenis teleskopik dan lengan ayun di bahagian belakang.

Tidak lupa juga, bagi setiap pembelian Yamaha 135LC Fi akan diberikan kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma. Nantikan pelancaran rasminya petang ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Vanhoe Rage

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply