Dalam artikel terdahulu ejen perisik kami, Mat Bond pernah memberitahu Perodua sedang membangunkan sebuah lagi model SUV segmen-B yang dijangka diperkenalkan pada tahun depan.
Ini bermakna pada 2023, berkemungkinan ada dua model serba baharu akan dilancarkan oleh Perodua termasuk model Axia generasi baharu (D74A) yang berasaskan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA).
Spekulasi kini semakin bertiup kencang kerana rakan media di Automachi.com semalam melaporkan, yang Perodua bakal membangunkan sebuah SUV berasaskan pelantar DNGA-B.
Menurut Automachi, baru-baru mereka mendapat informasi yang mengatakan Perodua telah menjalankan tinjauan kajian pasaran dan telah menjemput beberapa individu sebagai responden.
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
SUV segmen-B yang bakal dibangunkan nanti mempunyai dimensi 4,320 mm panjang x 1,770 mm lebar x 1,685 mm tinggi, tetapi jarak antara gandarnya masih belum jelas buat masa ini.
Ia mempunyai berat 1,283 kg dan disebabkan oleh perjanjian kerahsiaan yang telah dimeterai antara kedua-dua pihak, foto atau imej reka bentuk luaran model tersebut tidak dapat didedahkan. Namun ia dikatakan mempunyai reka bentuk gaya ‘coupe‘.
Tambah Automachi lagi, dari segi visual luaran gaya reka bentuknya lebih cenderung ke arah Ativa dan memiliki wajah ‘persis’ model pengganti Alza (D27A).
Setakat ini butiran terperinci mengenai model SUV tersebut agak terhad dan ia dikatakan bakal dijana oleh enjin Dual VVT-i 1.5L dan bukannya unit 1.5L Turbo. Enjin ini mampu menjana 106 PS dengan 137 Nm daya kilas dan digandingkan dengan transmisi D-CVT.
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
Model SUV ini nanti bakal dilengkapi dengan ciri keselamatan yang tercanggih dan unit infohibur yang serasi dengan Apple CarPlay. Dikhabarkan juga, harga untuk model ini akan bermula dari RM73,000.
Sejauh mana kebenaran informasi dari Automachi masih belum dapat dipastikan. Tambah Mat Bond, ada ‘ura-ura mengatakan’ yang SUV ini akan berkongsi model asas dengan Toyota dan menggunakan pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA).
Agak mengejutkan kata Mat Bond, model SUV itu nanti tiada versi Daihatsu. Model ini akan turut dikeluarkan di Indonesia di kilang Toyota untuk pasaran negara republik itu.
Semakin rancak Perodua sekarang. Ini bermakna Proton X50 bakal ada pesaing terkuat nanti. Kita tunggu perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
KOMEN TERKINI