ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Polis Johor ganti Land Rover dengan Toyota Hilux GS-Cargo

Berita Tempatan

Views

Polis Johor telah menerima 34 buah kenderaan jenis Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) bernilai RM5.3 juta bagi menggantikan Land Rover yang telah dilupuskan. Portal K! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, trak pikap itu juga adalah bagi Gunasama Operasi yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di negeri ini.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Kata beliau, pada 15 Februari lalu, Polis Johor telah menerima 34 buah kenderaan jenis Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) bernilai RM5.3 juta yang telah diubahsuai dengan kelengkapan peralatan dan aksesori tambahan termasuk kamera pemuka (dashcam), alat pemadam api dan peti pertolongan cemas.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin. Ayob Khan berkata, pengagihan kenderaan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan sebuah ditempatkan di IPK Johor, masing-masing tiga dan dua buah di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Johor

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply