ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kapal pemusnah peluru berpandu baharu China berada di Laut China Selatan

Berita Tempatan

Views

Satu lagi kapal pemusnah peluru berpandu jenis 052D China, Nanning, mula digunakan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) di Laut China SelatanGlobal Times melaporkan, kapal berkenaan baru-baru ini dilihat menyertai latihan ketenteraan di perairan Asia Tenggara, yang juga kemunculan pertamanya di rantau ini.

Kapal berkenaan digandingkan dengan kapal perang pemusnah angkatan laut di bawah Pemerintah Pentas Selatan PLA dalam latihan pertempuran realistik empat hari di Laut China Selatan. Menurut laman sesawang PLA, eng.chinamil.com.cn, latihan merangkumi taktik mengemudi kapal termasuk penerimaan bekalan di laut.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Selain Nanning, yang juga digelar Hull 162, imej disiarkan media tempatan menunjukkan latihan turut disertai kapal bekalan komprehensif jenis 901 (Hull 967), kapal pendaratan dermaga amfibia Qilianshan jenis 071 (Hull 985).

Menurut pemerhati, ini adalah kali pertama Nanning terbabit dalam latihan rasmi, sekali gus menunjukkan kapal perang itu sudah memulakan tugas dengan Pemerintah Pentas Tentera Laut PLA. Berdasarkan imej berkenaan, Nanning adalah variasi yang ditambah baik dengan dek helikopter lebih luas dan dilengkapi radar.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Pakar ketenteraan China yang enggan dikenali memberitahu Global Times bahawa penyertaan Nanning dalam latihan di perairan Laut China Selatan, memberi kelebihan dari segi kemampuan pertempuran pantas.

Tindakan mengekalkan Nanning berpangkalan di Laut China Selatan bagi menjaga integriti wilayah, kedaulatan dan pembangunan kepentingan, turut membangkitkan persoalan mengenai motif sebenar China.

Sumber : Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply