ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat jualan eksport tertinggi dalam tempoh 98 bulan

Berita Tempatan

Views

Meskipun terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Proton tetap berjaya mencatat jualan eksport sebanyak 669 unit kenderaan pada bulan Mei 2021. Ini sekali gus menjadikannya jualan eksport tertinggi dalam tempoh 98 bulan.

Sehingga penghujung bulan Mei, jumlah jualan adalah sebanyak 174 peratus daripada sasaran berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan hanya kurang 6 peratus sahaja berbanding keseluruhan tahun 2020. Peningkatan jualan eksport Proton dipengaruhi oleh permintaan di pasaran tertentu.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Sebagai contoh, Pakistan adalah pasaran baharu bagi Proton, namun bagi tempoh lima bulan yang pertama tahun 2021, ia merupakan pasaran eksport yang terbaik. Brunei yang menjual kereta Proton sejak tahun 1987, menduduki tempat ketiga dari segi jualan tahun ini dan pada bulan lalu, pengimport Proton PAD Motors telah mencatatkan jualan terbaik syarikat sejak penubuhan syarikat itu.

Alpha Ezz El-Arab, pengimport dan pengedar kereta Proton di Mesir pula telah menjual 350 unit kereta Proton tahun ini, menduduki tempat kedua terbesar bagi pasaran eksport Proton. Menurut Steven Xu, Pengarah Jualan Antarabangsa, Proton, walaupun terdapat kekangan antarabangsa dan peningkatan kos penghantaran berikutan wabak COVID-19, pihaknya tetap yakin akan mencapai sasaran tersebut.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Setelah Kenya, Pakistan juga akan memulakan pemasangan tempatan bagi model Saga pada akhir bulan Julai atau awal bulan Ogos di kilang baharu mereka di Karachi dan kemudiannya disusuli pula dengan X70. Di rantau ASEAN, buat masa ini, kehadiran jenama tersebut hanya terhad kepada Brunei, namun Proton mempunyai rancangan untuk kembali kepada dua pasaran terbesar di rantau ini iaitu Thailand dan Indonesia, dalam masa terdekat.

Tambah Steven Xu lagi, pihaknya sedang berusaha mencari rakan kongsi untuk membina satu rangkaian bagi memastikan satu model perniagaan berdaya maju dan dalam masa yang terdekat. Proton memasang impian untuk kembali ke pasaran Thailand pada tahun 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

X70 Exclusive Edition (EE) versi Brunei

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply