ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kapal pengintip China dikesan satelit sekitar Kepulauan Spratly

Berita Tempatan

Views

Portal Defense Security Asia melaporkan, imej-imej satelit terkini menunjukkan kehadiran sebuah kapal “pengintip” China berada di perairan berhampiran salah sebuah “pulau buatan manusia,” Fiery Cross Reef di Kepulauan Spratly.

Kapal pengintip itu dikenali dengan identifikasi Type-815G Intelligence Gathering Ship, yang merupakan kapal pemantau elektronik (ELINT) kelas-Dongdiao milik Tentera Laut China.

Pada ketika ini, Tentera Laut China mengoperasikan empat buah kapal pengintip jenis ini dan kapal-kapal pengintip ini kerap kali dikerah oleh China untuk memantau kehadiran kapal perang musuh terutamanya Amerika Syarikat di Laut China Selatan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Imej-imej oleh satelit Maxar itu turut mengesan kehadiran sebuah pesawat peronda maritime Y-8Q milik Tentera Udara China serta sebuah pesawat amaran awal dan kawalan KJ-500 di pulau buatan manusia yang diduduki secara haram oleh China itu.

Pulau buatan manusia, Fiery Cross Reef yang terletak tidak jauh daripada Sabah (kira-kira 540km) itu merupakan diantara beberapa terumbu karang yang menjalani proses penambakan secara besar-besaran oleh pihak China untuk dijadikan pulau-pulau buatan manusia.

Kini pulau-pulau buatan manusia yang diduduki secara haram oleh China itu telah bertukar menjadi pangkalan-pangkalan tentera yang lengkap dengan kemudahan landasan kapal terbang, hangar, pusat komunikasi, elektronik dan lain-lain lagi.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Fiery Cross Reef ini terletak lebih dekat dengan Vietnam berbanding tanah besar China dan ia turut dituntut oleh Vietnam dan Filipina. Pulau buatan manusia itu juga penting kerana telah dijadikan “port of calls” oleh kapal-kapal tinjauan marin China yang menjalankan kerja-kerja penyelidikan marin dan seismik di Laut China Selatan termasuk di perairan berhampiran dengan Malaysia.

Pada 2020, sebuah kapal penyelidikan China turut menjalankan kerja-kerja penyelidikan di kawasan perairan berhampiran dengan kapal penggerudi West Capella yang dioperasikan oleh syarikat minyak dan gas nasional, Petronas.

Amerika Syarikat turut mengerah beberapa kapal perangnya ke kawasan perairan itu bagi menangani kehadiran kapal perang dan kapal penyelidik China itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply