ARKIB

KATEGORI

Buletin

Guna nama sentuh sensitiviti agama – Lelaki cedera dipukul sekumpulan penghantar makanan

Tular

Views

Seorang lelaki cedera dipukul sekumpulan penghantar makanan di Sungai Way, di Petaling Jaya, hari ini. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Dareah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang penghantar makanan berusia 19 tahun, pada 2.30 petang.

Beliau berkata, remaja itu mendakwa, laporan polis berkenaan dibuat susulan tidak berpuas hati terhadap salah seorang pelanggan yang menggunakan nama menyentuh sensitiviti agama. Pengadu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan berkenaan serta menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan berkenaan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Katanya, keadaan itu menimbulkan kemarahan kepada sekumpulan penghantar makanan yang lain dan mereka pergi ke rumah pelanggan terbabit yang terletak di Sungai Way. Mohamad Fakhrudin berkata, pelanggan terbabit yang berusia 29 tahun kemudian dipukul dan dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut.

Kejadian itu menyebabkan lelaki berkenaan cedera. Pihaknya turut menahan lima penghantar makanan berusia 19 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Tambah beliau, pihaknya masih mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan apa-apa isu atau provokasi menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan bangsa lain yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Masyarakat diingatkan supaya tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Terdahulu, satu video berdurasi 30 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan penghantar makanan tular di media sosial, hari ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply