Seorang wanita didakwa menyamar sebagai pengemis selepas video mengenainya menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Honda CR-V tersebar di media sosial.
Berdasarkan video di laman X, rahsia wanita itu terbongkar apabila seorang lelaki mengekorinya hingga ke kenderaannya selepas meminta derma di satu lokasi.
“Naik Honda oi. Naik Honda, kau peminta sedekah naik Honda, jauh kau parking sebab tu aku jumpa kau kat Keramat hari tu,” sergah lelaki itu.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Cemas dengan sergahan tersebut, wanita itu segera menafikan kenderaan itu miliknya. “Kawan punya saya pinjam. Saya tak ada duit awak boleh cek. Saya tak ada duit nak beli barang,” kata pengemis itu.
Wanita itu juga mendakwa rakannya membantunya mengisi petrol. Rata-rata semua pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan pandangan soal bersedekah.
“Sebab itu ada hadis Rasulullah SAW menjelaskan tentang kepentingan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan bermula dari ahli keluarga terdekat selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Isra’ ayat 26,” komen @ciktortoro.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
“Bukan nak skeptikal. Lagi baik kita sedekah ke masjid dan jiran-jiran kita yang betul-betul memerlukan,” komen Amirul.
“Aku dah pernah kena tipu sekali sampai sekarang aku tak percaya orang minta sedekah jual tisu, lantaklah orang cakap apa,” komen Fitri.
Sehingga kini video tersebut mendapat 691,000 tontonan, 1,900 tanda suka dan 1,400 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI