ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kebenaran rentas negeri akan dimuktamadkan tiga minggu lagi – Hishammuddin

Berita Tempatan

Views

Kebenaran merentas negeri dijangka dapat dimuktamadkan dalam masa tiga minggu lagi, selepas beberapa langkah menyegerakan vaksinasi populasi dewasa di negara ini diambil dalam masa terdekat.

Menurut Astro AWANI, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya juga telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencapai sasaran itu iaitu 90 peratus orang dewasa selesai divaksin.

Katanya antara tindakan segera yang dilaksanakan ialah mengaturgerak lebih banyak Combat Medic Vaccination Team (CMVT) bagi memberi lebih banyak suntikan kepada orang awam di kawasan pedalaman.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Selain itu, memperluaskan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu yang memberi manfaat kepada orang awam yang tinggal berhampiran kem tentera.

Katanya, kebenaran rentas negeri akan diumumkan oleh Perdana Menteri. Pihaknya akan cuba mengumumkan kelonggaran itu apabila mencapai 90 peratus vaksin dewasa dan apa perancangan yang dilakukan bersama dengan pihak KKM dapat dijayakan dalam tiga minggu lagi.

Jadi sebelum ianya diumumkan banyak perkara yang perlu difikirkan seperti SOP, tanggungjawab agensi dan sebagainya. Tambahnya, masa ini adalah untuk membuat persiapan kerana ramai yang menunggu untuk merentas negeri.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ujarnya lagi, kelonggaran rentas negeri itu menuntut rakyat agar terus mengamalkan disiplin yang tinggi.
Dalam pada itu, Hishammuddin turut menafikan cadangan kerajaan untuk memansuhkan MyTravel Pass dalam masa terdekat.

Pada waktu ini tumpuan diberikan kepada rakyat untuk kebenaran rentas negeri terlebih dahulu. Skim MyTravel Pass ini diperkenalkan semasa negara dilanda pandemik COVID-19 yang memerlukan rakyat tempatan memohon untuk ke luar negara.

Skim tersebut dikatakan merumitkan kerana prosesnya perlu mengambil masa 14 hari sebelum kebenaran berlepas diberikan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply