ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kelonggaran bagi individu lengkap dua dos vaksin akan diumum selepas Aidiladha

Berita Tempatan

Views

Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran kepada individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 selepas Aidiladha, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Harian Metro, beliau berkata, perkara itu sedang diteliti jawatankuasa teknikal bagi memastikan jenis kelonggaran yang akan dibenarkan kepada golongan itu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kata beliau, pihaknya juga sedang mengkaji sektor perniagaan mana yang boleh dilonggarkan dan perkara ini sedang  diteliti. Ketika ditanya nasib mereka yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, mengenai cadangan menaikkan kompaun kepada kilang yang melanggar SOP, Ismail Sabri berkata, kadar itu tertakluk kepada pindaan Ordinan Darurat.

Beliau berkata, mengikut Ordinan Darurat, kerajaan sebelum ini telah menaikkan kompaun RM1,000 di bawah Akta 342 kepada RM50,000. Jelasnya, darurat akan tamat pada 1 Ogos ini dan nilai kompaun akan kembali kepada RM1,000.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan melancarkan program ‘Mindef Prihatin‘ bagi membantu meringankan beban anggota dan veteran tentera yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata, sumbangan daripada anak syarikat Kementerian Pertahanan, Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) dan sektor perbankan akan diagihkan dalam bentuk makanan asas serta ditempatkan di masjid untuk kegunaan mereka yang terjejas.

Jelasnya, program ini diperluaskan bukan sahaja kepada anggota tetapi juga veteran dan orang ramai yang menghadapi kesusahan. Tambah beliau lagi, penglibatan Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu rakyat bukan perkara baharu kerana sebelum ini ada program jiwa murni dan pihaknya sentiasa prihatin dengan kesusahan rakyat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply