Foto ASEAN NCAP – Proton Prevé
ASEAN NCAP baru-baru ini telah mengeluarkan keputusan Ujian Fasa 3 setelah kejayaan ujian pertama dan keduanya. Keputusan telah diumumkan secara pelancaran global di Melbourne, Australia sempena 2014 Global NCAP Forum dan pelancaran untuk rantau ASEAN dibuat di Melaka, Malaysia. Untuk Ujian Fasa 3, sebelas model kenderaan telah diuji antaranya ialah Proton Prevé, Volkswagen Polo, Chevrolet Sonic, Chevrolet Colorado, Toyota Corolla Altis, Toyota Corolla Altis 2.0 (pakej keselamatan pilihan untuk pasaran Malaysia), Honda CR-V, Isuzu D-Max, Peugeot 208, Kia Picanto, dan Kia Picanto (versi tanpa beg udara).
Buat pertama kalinya Ujian Fasa 3 telah menguji Honda CR-V versi pemanduan sebelah kiri untuk pasaran Filipina, Chevrolet Colorado (ujian tajaan) yang diuji di makmal kemalangan KATRI, Korea Selatan, pikap Isuzu D-Max dan Chevrolet Colorado yang diuji serentak di JARI dan KATRI. Selain itu, keputusan ujian model Toyota Corolla Altis 2.0 (untuk pasaran Malaysia sahaja) telah diambil dari ujian Australasian NCAP (ANCAP) di JARI dan kemasukan beberapa jenama baru untuk ujian kali ini iaitu Volkswagen, Chevrolet, Isuzu, Kia dan Peugeot.
Terdapat model mendapat penarafan berganda, sebagai contoh Honda CR-V mendapat 5- dan 4-bintang dengan variant tanpa ESC mendapat penarafan 4-bintang dan Chevrolet Colorado turut mendapat 5- dan 4-bintang dengan variant tanpa ESC mendapat penarafan 4-bintang. Dua model mendapat penarafan lanjutan iaitu Volkswagen Polo mendapat 4-bintang lanjutan terus dari model sedan kepada model hatchback. Selain itu Proton Prevé pula mendapat 5-bintang lanjutan terus ke model hatchbacknya Proton Suprima S.
Berikut adalah keputusan penuh ujian tersebut :
KEPUTUSAN PENUH UJIAN FASA 3 ASEAN NCAP
VIDEO UJIAN FASA 3 ASEAN NCAP
ASEAN NCAP – Proton Prevé
ASEAN NCAP – Kia Picanto (No Airbag)
ASEAN NCAP – Honda CR-V
ASEAN NCAP – Toyota Corolla Altis (7 Airbags Safety Package 2.0 V)
ASEAN NCAP – Chevrolet Colorado
ASEAN NCAP – Polo Sedan
ASEAN NCAP – Toyota Corolla Altis
ASEAN NCAP – Peugeot 208
ASEAN NCAP – Kia Picanto
ASEAN NCAP – Cheverolet Sonic
ASEAN NCAP – Isuzu D-Max
* Maaf sebab lama tak kemas kini blog kerana kesibukan tugas, nantikan artikel selanjutnya nanti ye.. 🙂
KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
UNTILL NOW PERODUA DIDNT SEND THEIR VIVA FOR CRASH TEST…VERY2 QUESTIONABLE…
x yah hantar dah tau result. Sedangkan myvi baru A pillar habis mcm mana boleh dapat 3 bintang pun ntah la. Itu belum lagi viva g tu.
Para pembeli malaysia bukan kesah pun pasal NCAP pun sbb depa x faham pun fungsi NCAP. Tgk ramai orang beli p2 n laris jualannya.. so belilah. Penanda aras pertama nk beli kereta tgk orang ramai pakai walaupun harga lebih tak kisah. Safety NCAP dsbnya.. itu lain cerita..
x ramai tapi ada org tahu, dan yang tahu tu la beli proton preve.
tak mampu nak beli preve. tu yg masih pakai wira..
x pe bro, kita ukur baju badan sendiri. saya boleh tapi sebab rase x memerlukan kereta besar buat masa sekarang. Lagipun tunggu second hand je la.
mana perodua..?? viva.. myyvi..alza…
Bab ANCAP ni memang PROTON terbukti sudah berjaya. So Proton lepas ni target lain pula.. Goooo PROTON!
2 kriteria utama rakyat malaysia beli kereta. Pertama brand. Kedua design.
Baguz pon Preve ni 5 Bintang Ancap sbb dah BANYAK agensi KERAJAAN pakai kereta ni. Terutamanya di Balai Polis. Kat KAWASAN aku keluar masuk Balai Preve je.. Aku je masih pakai Viva.. Berada Ancap pon aku tak tahu. Harap JIKA P2 ada masa bagi tahu la berada Ancap viva aku ni. Takpe aku sabar menunggu.
Polis banyak pakai pre ancap nyer preve. Yang Full spec 4 airbag tu. Sebab plat pun semua WXX something gi. X silap ANcap nyer version lepas plat no W XXXX B x silap.