ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan umum keputusan rasmi mengenai harga minyak esok

Views

Berita Harian melaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan rasmi mengenai mekanisme penetapan harga minyak bakal diumumkan esok.

Keputusan berhubung perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam dan ia mengambil kira kepentingan semua pihak. Isu tersebut telah dibincangkan oleh kabinet dengan panjang lebar dan menimbangkan semua pandangan pihak berkepentingan. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan promosi Tahun Baru Cina “Ong Mali’ di Tesco Kepong, hari ini.

JOM BACA >> PANAS : Geely kantoi bocor nama Proton X50?

Pada 23 Disember lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan harga bahan api termasuk RON 95, akan diapungkan semula secara mingguan mulai 1 Januari lalu. Berikutan itu, Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) telah menentang keputusan tersebut dan meminta kerajaan menaikkan komisyen pengusaha stesen minyak bagi mengurangkan kerugian yang ditanggung.

Sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet semalam, Dr Mahathir telah bertemu dengan wakil dan pimpinan PDAM selama 45 minit bagi mendengar keluhan dan kebimbangan mereka. Saifuddin juga enggan mengesahkan sama ada kerajaan akan meneruskan sistem pengapungan harga bahan api itu atau tidak. Katanya, keputusan telah dibuat dan nantikan pengumumannya esok.

JOM BACA >> Fakta ringkas menarik mengenai Perodua Aruz – Tempahan kini dibuka!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply