ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Avanza/Daihatsu Xenia facelift 2019 – Nak jadi Alphard Vellfire ke Predator?

Views

Murung kami seketika apabila terlihat foto bocor yang dikatakan Toyota Avanza/Daihatsu Xenia facelift 2019 yang sedang rancak berlegar di laman Instagram. Apa tidaknya, kami terkesima apabila melihat MPV kompak ini yang berusaha gigih untuk menjadi sebuah Alphard Vellfire. Sebenarnya pada pandangan pertama, penulis terus teringatkan kepada wajah Predator yang agak menyeramkan dan ngeri.

JOM BACA >> Proton X70 ‘terlajak laris’ – Terima tempahan 200-300 sehari

Toyota Avanza/Daihatsu Xenia facelift 2019 ini bakal dilancarkan di Indonesia dalam masa yang terdekat. Buat masa ini belum ada maklumat lanjut mengenai spesifikasi model ini dan kami jangka ia masih menggunakan enjin dan kotak gear yang sama seperti model sebelumnya. Hanya penampilan luaran dan dalaman dipertingkatkan supaya kedua-dua model ini dapat bersaing dengan Mitsubishi Xpander dan Suzuki Ertiga generasi baharu.

Apa pendapat anda mengenai model Toyota Avanza/Daihatsu Xenia facelift 2019 ini? Kami rasa anda akan tergelak besar dan tepuk dahi pada masa yang sama. Mungkin pereka model ini telah ketandusan idea dan mungkin juga mereka nak mencuba rekaan yang luar biasa. Kami tidak pasti sama ada model Toyota Avanza facelift akan memasuki pasaran Malaysia tahun ini ataupun tidak, tunggu pengumuman rasmi dari Toyota Malaysia nanti.

JOM BACA >> Fakta ringkas menarik mengenai Perodua Aruz – Tempahan kini dibuka!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply