ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta api paling laju di India rosak langgar lembu

Berita Global

Views

Macam-macam hal. Sehari selepas perkhidmatan kereta api paling laju di India dilancarkan oleh Perdana Menteri Narendra Modi, Berita Harian melaporkan perkhidmatan tersebut telah tergendala sementara hari ini setelah bertembung dengan seekor lembu di atas landasan.

Kereta api  yang dinamakan Ekspres Vande Bharat itu dianggap sebagai yang terpantas di India dan dibina di bawah program ‘Make in India’ kerajaan pimpinan Modi. Ia telah membuat perjalanan pertama semalam dari New Delhi ke bandar raya Varanasi.

Dalam dalam perjalanan pulang ke bandar raya itu hari berikutnya, Indian Railways melaporkan, kereta api tersebut telah bertembung dengan lembu hingga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik kepada empat gerabak dan merosakkan sistem brek.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu

Jurucakap syarikat itu Smita Vats Sharma berkata, kereta api tersebut kemudiannya mengalami isu teknikal dan terkandas dalam perjalanan ke New Delhi. Namun, ia telah selamat tiba di ibu kota India itu menjelang perjalanan komersil pertamanya esok.

Kehadiran lembu di jalan raya dan landasan kereta api adalah perkara biasa di India, terutama di negeri Uttar Pradesh, di mana lokasi kemalangan berlaku.

Sejak memegang kerajaan, parti nasionalis pimpinan Modi melancarkan gerakan membasmi penyembelihan lembu yang dianggap suci oleh penganut Hindu, dan membawa kepada peningkatan jumlah haiwan itu di negeri berkenaan.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara>

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply