ARKIB

KATEGORI

Buletin

Motosikal kustom rekaan anak Malaysia muncul juara di Bangkok Custom Bike Competition 2019

Berita Tempatan

Views

Dalam satu hantaran di laman Facebook peribadi pengasas dan pemilik festival Art Of Speed Malaysia, Asep Ahmad Sastrawidjaja mengucapkan tahniah kepada Muhammad Khalid Musa mewakili The Rusty Factory yang berpangkalan di Ipoh, Perak kerana telah muncul sebagai juara kategori paling sengit dunia kustom iaitu “New Frame Only” atau “Open Class” dalam pertandingan Bangkok Custom Bike Competition 2019.

Pertandingan tersebut diadakan sempena Bangkok Motorbike Festival 2019 yang berlangsung baru-baru ini di tengah kota raya Bangkok, Thailand. Mostosikal kustom rekaan Muhammad Khalid Musa (The Rusty Factory) yang dinamakan White Angel ini sebenarnya pernah memenangi kategori “Invitational Build-Off Art Of Speed Malaysia” sebanyak 2 kali berturut-turut.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu

Motosikal unik berwarna putih dengan kemasan krom pada beberapa bahagian badannya ini juga telah dipilih sebagai “The Most Beautiful Bike in The World 2018” oleh Pipeburn. Nampaknya hasil seni pembinaan motosikal kustom rekaan anak tempatan kini telah diiktiraf dunia.

Tahniah kami ucapkan kepada Muhammad Khalid Musa dan The Rusty Factory. Anda telah membuat seluruh rakyat Malaysia merasa bangga. Teruskan berkarya!

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara>

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply