ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 4S Proton yang pertama di Kuantan kini dibuka

Views

Pusat pameran bertaraf 4S Proton yang pertama di Kuantan yang dimiliki oleh Hoi Keen Services Sdn Bhd (Hoi Keen) telah dirasmikan hari ini. Hoi Keen yang terkenal dengan bengkel pembaikan kereta telah membuka operasi pusat 2S Proton di Jalan Padang Lalang sejak 2004. Kini lokasinya telah berpindah ke pusat 4S baharu yang terletak di Jalan Indera Mahkota.

Dengan penampilan identiti korporat terbaharu Proton, pusat ini bakal mempertingkatkan servis sebanyak 50 peratus selain peningkatan jualan dengan bersandarkan model baharu Proton yang akan tiba nanti. Pusat ini dirasmikan oleh Dr Ho Tuck Sum, Pengurus Besar Perancangan Rangkaian Proton dan majlis tersebut disaksikan oleh Pengarah-Pengarah Hoi Keen dan Ahli Pengurusan Kanan Proton.

JOM BACA >> MESTI BACA: Tak tahu prosedur penukaran enjin? Jom ikut panduan ini!

Menurut Susan Leong, Pengarah Pemasaran Hoi Keen Services Sdn Bhd, beliau amat gembira dan teruja dengan pembukaan pusat yang pertama dengan fasiliti lengkap ini bagi memastikan pelanggan mendapat pengalaman jualan dan servis yang terbaik. Beliau turut optimis dengan pembangunan yang kini sedang dilakukan oleh Proton, terutama sekali penantian SUV pertama Proton X70.

Pusat 4S ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruangan kopi, ruangan kanak-kanak, Wi-Fi percuma, ruangan mengecas laptop/telefon pintar dan tapak parkir yang mencukupi untuk para pelanggan. Ia juga dilengkapi dengan 24 ruangan servis dan 14 servis pengangkat yang bakal mempercepatkan masa servis dan mengurangkan tempoh menunggu pelanggan.

Info ringkas mengenai Pusat 4S Proton Hoi Keen Services Sdn Bhd:

Alamat :

Hoi Keen Services Sdn Bhd(4S), Lot 6, Jalan Bandar Indera Mahkota 3/1, 25200, Kuantan, Pahang.

Waktu perniagaan :

Jualan :
Isnin – Sabtu : 8.30 pagi – 6.00 petang
Ahad & Cuti Umum : Tutup

Servis :
Isnin – Sabtu : 8.30 pagi – 6.00 petang
Ahad : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
Cuti Umum : Tutup

Nombor telefon Pejabat : 09-5161898 / 012-987 7998
E-mel (Jualan) : [email protected]
E-mel (Servis) : [email protected]/ [email protected]

JOM BACA >> INFO: SUV Perodua (D38L) dan Toyota Rush, apa yang berbeza?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply