ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta mainan Power Wheels Barbie Dream Camper keluaran Fisher-Price dipanggil balik

Berita Global

Views

Kita selalu dengar pasal kereta dipanggil balik, tapi semua tu biasalah kan? Kali ini lain pula ceritanya, kereta mainan elektrik keluaran Fisher-Price dikhabarkan akan dipanggil balik disebabkan ia boleh bergerak ke depan dengan sendiri walaupun kanak-kanak yang memandunya tidak memijak pendikit. Menurut Jalopnik, setakat ini 17 aduan telah diterima oleh pengeluar mainan kanak-kanak tersebut seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna (CPSC).

Setakat ini belum ada kecederaan dilaporkan, namun proses panggilan balik ini dijangka melibatkan kira-kira 44,000 unit Power Wheels Barbie Dream Camper yang telah dijual di Walmart antara Julai 2018 dan Januari 2019. CPSC memaklumkan kereta mainan comel dengan warna merah jambu dengan kemasan biru dan mempunyai logo Barbie yang dicetak di bahagian belakangnya ini dilengkapi dengan dapur, pemanggang yang boleh dilipat keluar dan unggun api olok-olok.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara</a

Ibubapa dinasihatkan supaya mencegah anak-anak mereka daripada bermain dengan kereta mainan tersebut dan segera menghubungi pihak Fisher-Price untuk mendapatkan kit baik pulih secara percuma. Sebenarnya, ia bukanlah satu proses yang mudah kerana ada ibubapa yang terpaksa menghantar mainan tersebut ke pusat servis bertauliah Power Wheels (macam hantar kereta pula).

Di sana juruteknik akan memasang pedal penginjak dan sarung suis kaki yang baharu. Mereka juga akan memberikan perkhidmatan pemeriksaan keselamatan secara percuma. Satu lagi perkara yang menarik mengenai Barbie Dream Camper ialah ia turut mempunyai radio yang berfungsi dengan “jack MP3”.

Ia turut mempunyai sistem navigasi olok-olok yang menggunakan suara Barbie untuk memberi tunjuk arah. Dah macam Proton X70 kan? Hai Barbie!

JOM BACA >> INTIP : Papan pemuka Proton Iriz MC2 berjaya dirakam

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply