ARKIB

KATEGORI

Tular

Kereta mangsa banjir parkir depan bengkel kena saman dengan PBT?

Tular

Views

Malang berganda buat mangsa banjir apabila kereta mereka bukan sahaja rosak ditenggelami air dan lumpur, malah turut dikompaun pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana diparkir di hadapan sebuah bengkel.

Menurut K! ONLINE, difahamkan kejadian malang itu berlaku di sebuah kawasan di Sepang dan ia telah dikongsi oleh seorang pengguna laman Twitter dikenali sebagai @myjoe_ pagi tadi.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

“Kereta kene banjir park depan bengkel elok-elok pun kene saman. Punyalah tak beragak,” ciapnya.

Pada masa sama @myjoe_ turut berkongsi gambar yang tertera kompaun yang dikeluarkan pihak PBT ke atas beberapa kenderaan di sekitar kawasan bengkel terbabit.

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

Susulan perkongsian itu, rata-rata warganet mengecam tindakan yang telah diambil pihak PBT terbabit yang seolah-olah tidak prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir.

“Pihak PBT pun agak-agaklah dah la kereta tu rosak, mereka pula tengah kesempitan wang nak baiki kereta, ini tambah pula kompaun. Memang tidak berhati perut,” ciap @MatNor pula.

“Yang tukang tulis saman ni yang paling tiada hati perut. Aku rasa boleh nampak kot minggu ni punya kereta rata-rata kereta mangsa banjir,” ciap @az_zahar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply