ARKIB

KATEGORI

Buletin

GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

Berita Tempatan

Views

Pengedar rasmi kenderaan GAC di Malaysia, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) hari ini secara rasminya melancarkan pencabar terbaharu dalam segmen SUV kompak, GAC GS3.

Model yang diimport sepenuhnya (CBU) itu ditawarkan dalam dua varian bersama empat pilihan warna menarik iaitu kelabu (Lunar Grey), putih (Ivory White), perak (Starlight Silver) dan merah (Rosefinch Red).

Harga atas jalan tanpa insurans bermula dari RM88,800 untuk varian Standard, manakala varian Premium dijual pada harga RM96,800 (termasuk pengecualian 50 peratus cukai jualan untuk kenderaan persendirian).

Tempahan bagi model GS3 juga dibuka bermula hari ini. Bilik pameran pertama GAC terletak di Lot 72, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur.

WCTA dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan GAC di Malaysia selepas ia menandatangani perjanjian pengedaran bersama GAC Motor International Limited (GAC International) pada 30 November 2021.

WCTA kini bekerjasama rapat dengan GAC International untuk memulakan program pemasangan tempatan (CKD) GS3 dan model-model baharu GAC pada masa depan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd., Tan Keng Meng, pihaknya sangat berbangga dan berbesar hati kerana dipilih untuk mewakili salah satu jenama automotif yang paling dinamik di China.

Tambahnya, GS3 merupakan sebuah model global yang dijual di 25 buah negara dan Malaysia menjadi negara pertama yang melancarkan model pemanduan sebelah kanan (RHD).

Presiden GAC International, Zeng HeBin berkata, model ini bakal menarik minat pembeli kenderaan di Malaysia menerusi gabungan penggayaan dinamik, aspek keselamatan dan keselesaan kelas pertama, penjimatan bahan api serta prestasi yang terbaik.

GAC GS3 menampilkan penggayaan reka bentuk terkini GAC iaitu Flying Dynamic Wing 3.0. Reka bentuk jeriji hadapannya nampak menyerlah bersama kemasan krom yang bersambung dengan lampu utama jenis projektor.

Kemasan pada bahagian bawah bamparnya pula disambungkan dengan lampu kabus. Ia berjaya memberikan penampilan yang lebar dan dinamik kepada jentera ini. Bahagian sisi model ini pula menampilkan garis bahu yang kukuh serta pintu dengan rekaan lekuk yang dalam.

Tiang-Dnya dihitamkan bagi memberikan rekaan bumbung terapung dan siluet GS3 yang sporty. Garis bumbungnya yang mendatar, kemudian diteruskan ke spoiler belakang yang disepadukan bersama lampu brek ketiga.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Rekaan itu disempurnakan lagi dengan sepasang lampu belakang LED yang nipis pada kontur badan SUV ini. Susun atur ruang kabinnya mengikut tema yang sama dengan rekaan papan pemuka mendatar terapung yang kemas dan elegan.

Skrin sentuh infohibur bersaiz 8 inci berada di tengah-tengah bersama suis kawalan suhu pada bahagian bawah. GS3 juga didatangkan dengan stereng tiga jejari pelbagai fungsi yang dibalut kulit.

Ia hadir dengan pelbagai butang kawalan untuk sistem multimedia dan panggilan telefon tanpa perlu mengalihkan tangan daripada stereng. GAC GS3 menawarkan ruang kabin paling luas dalam kelas SUV kompak dengan 1,500mm.

Tempat duduk belakang juga direka ergonomik untuk memberi sokongan optimum pada peha. Bukan itu sahaja, terdapat tidak kurang daripada 25 tempat simpanan barang di dalam kabinnya. Ruang kargonya berkapasiti 356 liter dan boleh ditambah dengan melipat tempat duduk belakang berkonfigurasi 60:40.

Dari segi keselamatan, GS3 dilengkapi sehingga 6 beg udara, Pengesan Titik Buta, Kawalan Kestabilan Elektronik, Isyarat Henti Kecemasan, Kamera Undur, Amaran Tali Pinggang Keledar untuk semua penumpang, cagak ISOFIX bagi kerusi kanak-kanak serta Sistem Kawalan Suhu bersama penapis udara PM2.5.

GAC GS3 dikuasakan enjin empat silinder 1.5 liter dengan Dual-CVVT yang mampu menjana kuasa 114PS dan 150Nm daya kilas, Enjin ini dipadankan pula dengan kotak gear Aisin enam kelajuan bersama kawalan adaptif pintar.

Ini memberikan penjimatan bahan api 6.9 liter bagi setiap 100km atau 14.5km/l berdasarkan kepada gabungan kitaran NEDC. Untuk maklumat lanjut, layari www.gacmotor.com.my dan ikuti Facebook GAC Motor Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply