ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta Mufti Perlis terbakar angkara perbuatan khianat – Ketua Polis Perlis

Berita Tempatan

Views

Semalam kami ada memuat naik artikel mengenai kereta rasmi milik Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang terbakar pada bahagian bonet dan cerminnya turut dipecahkan. Menurut hantaran terbaharu di laman Facebook rasminya, beliau telah menyaksikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menyifatkan kejadian tersebut adalah perbuatan pengganas yang boleh mengancam nyawa.

JOM BACA >> Land Rover menang kes ‘klon Evoque’

Beliau turut berdoa agar dua individu yang dirakam oleh CCTV itu segera ditangkap. Malaysiakini melaporkan, Ketua Polis Perlis, Noor Mushar Mohd berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan ia adalah angkara khianat kerana terdapat kesan pecah pada cermin hadapan dan belakang kereta akibat dibaling botol berisi petrol.

Terdahulu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari a/l Kiew berkata perbuatan itu disyaki dilakukan individu tidak dikenali. Katanya, kereta rasmi Mufti Perlis dipercayai cuba dibakar oleh individu yang tidak dikenali awal pagi semalam.

JOM BACA >> INTIP : Proton teruskan ujian X70 CKD, Iriz dan Saga facelift

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook Dr.Maza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply