ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan di China semakin perlahan – Geely beralih arah ke Eropah

Berita Global

Views

Pengeluar kereta dari China, Zhejiang Geely Holding Group kini sedang merancang untuk melancarkan model keluarannya di Eropah Barat tahun ini selepas gagal mencapai sasaran jualan tahunan di laman sendiri. Menurut Asia.Nikkei.com, persaingan yang semakin sengit dan selera pengguna yang lemah untuk barangan besar di China menyebabkan Geely terpaksa menetapkan sasaran jualan konservatif untuk tahun 2019.

Syarikat tersebut menjangkakan untuk menjual 1.51 juta unit kenderaan tahun ini, naik sedikit berbanding tahun lalu. Angka pertumbuhan yang mendatar bakal memberi rahmat kepada kebanyakan pengeluar kereta di China. Ini kerana keseluruhan jualan kereta penumpang turun 17.4 peratus pada tahun ini pada bulan Februari selepas ia mencatatkan penurunan tahunan pertama dalam tempoh hampir tiga dekad pada 2018.

Geely dimiliki oleh bilionaire Li Shufu yang memiliki kepentingan besar dalam syarikat Jerman, Daimler kini akan lebih serius untuk melebarkan sayap perniagaan mereka ke luar negara. Kira-kira 98 peratus angka jualan syarikat tersebut dicatatkan di China setakat akhir tahun lepas.

Model dari jenama premium Lynk & Co, yang merupakan usaha sama antara Geely dan Volvo Cars akan mula diperkenalkan di Eropah tahun ini menurut presiden kumpulan, An Conghui. Beliau menambah, negara-negara seperti Belanda, Belgium, Jerman, Perancis, Itali dan U.K. bakal menjadi pasaran terawal kepada model keluaran jenama tersebut.

JOM BACA >> Land Rover menang kes ‘klon Evoque’

Menurut laporan Nikkei pada bulan Februari, Geely mempunyai perancangan untuk menubuhkan pusat reka bentuk di U.K yang akan diketuai oleh seorang veteran Jaguar Land Rover dan Aston Martin. Kemudahan tersebut akan merekabentuk kenderaan Geely untuk pasaran China serta model di bawah jenama luar negara termasuk Proton, Lotus dan Lynk & Co.

Sementara itu, Geely turut mengintai pasaran Asia Tenggara yang telah lama dimonopoli oleh kereta jenama Jepun seperti Toyota. Syarikat tersebut melihat sambutan yang menggalakkan untuk model X70 di Malaysia, yang dibangunkan secara usaha sama dengan Proton. Model yang diadaptasikan dari SUV terlaris di China, Boyue itu telah menjadi kereta terlaris di Malaysia sejak ia dilancarkan pada December tahun lalu.

An turut menambah, syarikat akan melancarkan dua model di Malaysia setiap tahun dan menjualnya ke negara lain di Asia Tenggara. Pada tahun 2017, Geely membeli 49.9 peratus dari Proton yang telah mencatatkan kerugian sejak beberapa tahun lalu.

Situasi kini lebih sukar dan berbeza untuk pasaran di China kali ini dan syarikat tersebut berharap jualan akan melonjak kembali pada masa akan datang. Sungguhpun begitu, keuntungan tahunan Geely meningkat 18 peratus kepada 12.67 bilion yuan ($1.89 bilion) pada 2018.

Jualan unit kenderaan naik 20 peratus kepada lebih 1.5 juta kenderaan. Bahagian pasarannya di China juga telah meningkat kepada 6.2 peratus daripada 5.0 peratus dalam tempoh tersebut. Nampak gayanya akan ada dua model yang akan dilancarkan setiap tahun oleh Proton selepas ini, kita sama-sama nantikan!

JOM BACA >> INTIP : Proton teruskan ujian X70 CKD, Iriz dan Saga facelift

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply