ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta rasmi Mufti Perlis terbakar

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Mufti Perlis, Dr. Maza telah memuat naik satu hantaran kira-kira sejam yang lalu yang mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan Bomba dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu menyiasat kes kebakaran kenderaan rasmi kerajaan yang dinaikinya awal pagi tadi.

Mereka menyedari kejadian tersebut semasa bersiap untuk solat Subuh seawal jam 5.30 pagi. Kebiasaannya kereta jenis Honda Accord ini berada di pejabat dan sejak beberapa hari lalu ia di pakir di rumah beliau selepas program sebelah malam.

JOM BACA >> Pelancaran Proton Iriz dan Persona facelift mungkin ditunda ke bulan depan?

Kebetulan pula rumah beliau memang tidak menutup pagar sejak dahulu bagi membolehkan orang masuk terus ke pintu dan loceng rumah pula telah lama rosak. Kebakaran telah berjaya dipadamkan dan hasil siasatan awal tidak menjumpai sebarang unsur sabotaj. Namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Berkemungkinan kebakaran berlaku dari dalam enjin di bahagian bateri dan tidak menemui sebarang unsur luaran. Mereka kini sedang menunggu laporan penuh siasatan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Namun, kira-kira beberapa minit yang lalu, Berita Harian memaklumkan, Ketua Polis Kangar melaporkan kereta tersebut dipercayai dibakar orang tidak dikenali awal pagi tadi.

Nantikan berita selanjutnya.

JOM BACA >> Geely SX12 – Adakah ini satu lagi bakal SUV Proton?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook Dr.Maza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply