ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City kekalkan kedudukan nombor satu dalam segmen-B

Views

Honda Malaysia mencatat satu lagi sejarah dengan mengumumkan jualan sebanyak 300,000 unit model nombor satu dalam segmen-B, City. Generasi kedua City yang telah dilancarkan pada 2001 berjaya dijual sebanyak 61,000 unit, manakala generasi ketiganya telah terjual daripada 85,000 unit. Generasi keempatnya pula merekodkan jualan sebanyak 155,300 unit sejak ia mula diperkenalkan pada 2014, manakala versi terkini yang dipertingkatkan pada Mac 2017 terus mendapat sambutan hangat dengan lebih daripada 48,900 unit berjaya dijual sehingga Ogos 2018.

Antara bulan Januari hingga Ogos 2018, jualan City berjaya menyumbang sebanyak 30 peratus jualan keseluruhan Honda Malaysia dan berjaya menguasai 51 peratus pasaran segmen-B. Dalam tempoh tersebut, jualan menunjukkan peningkatan 16 peratus berbanding dengan temph yang sama pada 20127. Angka yang positif ini sekaligus mengekalkan posisi Honda Malaysia pertamanya dalam segmen Bukan-Nasional dan kedua dalam Jumlah Jualan Industri (TIV) hingga setakat ini.

Sepanjang tempoh Januari hingga Ogos 2018, varian E merupakan varian paling laris dengan menyumbang jualan sebanyak 44 peratus manakala varian V menyumbang sebanyak 33 peratus. Jualan dari wilayah Tengah merupakan penyumbang yang tertinggi dengan 49 peratus, diikuti dengan wilayah Selatan dan Utara dengan 20 peratus dan 19 peratus.

JOM BACA >> Anggaran harga Proton X70 dari CIMB Bank – Bermula dari RM90K – RM130K?

Mengulas pencapaian City, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata mereka amat teruja dengan pencapaian jualan 300,000 unit model ini sepanjang 17 tahun sejak ia mula diperkenalkan di Malaysia. Ini membuktikan kejayaan City di Malaysia dan generasi keempatnya juga merupakan model Honda paling laris dan terus menerajui dalam segmen-B.

City dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC yang digandingkan bersama transmisi CVT dengan teknologi Honda Earth Dreams. Ia menggabungkan prestasi dan kecekapan bahan api sekaligus memberikan pemiliknya Kegembiraan Memandu. Reka bentuknya yang bergaya dengan lampu hadapan LED bersama lampu nyalaan siang LED (DRL), lampu kabus LED dan rim aloi dua-tona memberikan penampilan yang anggun.

Ruang dalamannya pula dieka untuk memaksimumkan ruang untuk pemandu, penumpang dan barang. Generasi keempat City memiliki keluasan ruang yang setanding dengan model segmen-D walaupun dalam saiz segmen-B. Ruang bagasinya pula terbesar dalam kelasnya yang boleh memuatkan sehingga 536 liter. Ia turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik seperti enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Isyarat Henti Kecemasan (ESS).

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply