ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta terbang bukan kereta nasional ketiga – Ong Kian Ming

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya, kereta terbang bukanlah kereta nasional ketiga. Kata beliau, sebarang persoalan mengenai kereta nasional ketiga itu boleh ditujukan kepada Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) yang dilantik sebagai penyelaras projek tersebut.

Katanya lagi, kementeriannya hanya bekerjasama dengan MIGHT dari segi Dasar Automotif Negara dengan melihat bagaimana kereta nasional ketiga memenuhi industri automotif secara meluas. Beliau berkata demikian pada sesi dialog eksklusif anjuran Institut Penyelidikan CIMB ASEAN (CARI) bertajuk “Tinjauan Integrasi ASEAN 2019” hari ini.

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

Mengenai manfaat integrasi ASEAN terhadap sektor automotif negara, Kian Ming berkata, sektor automotif di Malaysia bukan lagi setakat melihat kepada kereta nasional sahaja. Jika melihat kepada pasaran kereta di Malaysia, kebanyakan model kereta popular di negara ini dipasang di dalam negara membabitkan pelbagai pengeluar sama ada dari Jepun, Korea dan Eropah.

Malaysia juga perlu melihat kepada keseluruhan sektor automotif yang mana boleh diintegrasikan, sebagai contoh, vendor di Malaysia boleh mengeksploit pasaran ASEAN lain seperti Vietnam kerana integrasi rantaian bekalan automotif di negara itu masih rendah.

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply