ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta terbang kena ‘perli’, menteri tegur sikap rakyat Malaysia

Berita Tempatan

Views

Mungkin disebabkan kerap ‘diperli’ oleh warganet berhubung dengan kereta terbang, Malaysiakini melaporkan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof, agak kecewa dan menegur sikap rakyat Malaysia terhadap idea inovasi tersebut.

Katanya, sikap seperti ini menyebabkan negara tidak dihormati dan jika dibandingkan di luar negara, rakyat mereka lebih terbuka dengan pelbagai idea teknologi dari semua aspek. Beliau menambah, jika Albert Einstein berasal dari Malaysia, mungkin negara tidak semaju hari ini disebabkan kita selalu mahu menidakkan idea-idea yang dibawa oleh usahawan.

Tambahnya lagi, idea kereta terbang ini bukannya datang dari menteri tetapi dari usahawan. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Dewan Peniaga Melayu Malaysia (DPMM) di Kementerian Pembangunan Usahawan, Putrajaya semalam.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

Ahli Parlimen Alor Gajah itu menjelaskan idea teknologi kereta terbang itu merupakan idea anak muda tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Katanya antara manfaat yang dapat diperoleh daripada teknologi kereta terbang itu nanti adalah dari segi keselamatan, pengawasan, kecemasan dan pengangkutan ketika bencana alam seperti banjir.

Bagaimanapun, Redzuan berkata tidak wajar untuk menyalahkan pihak yang mengkritik teknologi tersebut kerana mereka tidak mempunyai pemahaman dan pengetahuan yang jelas mengenainya. Pada 26 Februari lalu, Bernama melaporkan prototaip kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu oleh teknologi tempatan sudah ada dan dijangka diperkenalkan tahun ini.

Beliau berkata pembangunan kereta terbang itu bakal menarik pelaburan luar dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, khususnya melibatkan bidang kejuruteraan.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply