ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Apa yang diuji oleh Proton Exora ini?

Foto Intipan

Views

Kami sebenarnya agak keliru model Exora yang mana satu sedang diuji oleh Proton dalam foto intipan terbaharu ini. Foto ini telah dikongsikan kepada kami oleh Mohd Sabri Mohd Sirah menerusi pesanan Whatsapp pagi tadi, namun tiada butiran lanjut diberikan.

Sekali lagi Proton menguji model tanpa sebarang celoreng penyamaran, setelah ada yang berjaya mengesan kelibat Saga di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pagoh semalam. Unit ujian Exora ini juga tanpa sebarang celoreng penyamaran dan nampak tiada apa-apa perubahan reka bentuk.

Ada dua versi Exora yang kami ketahui setakat ini, yang terdekat adalah versi Exora RC (Running Change) dan dikatakan ada lagi satu versi dinamakan MC4. Exora RC hanya mengalami perubahan yang sangat kecil, hanya penukaran unit infohibur yang akan mempunyai fungsi Arahan Suara.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

Menurusi foto yang tertiris baru-baru ini, memang jelas perubahan pada konsol tengah papan pemuka model tersebut dengan kehadiran unit infohibur baharu selain panel meter yang berbeza. Info yang kami perolehi mengatakan model ini tidak akan mengalami sebarang perubahan kosmetik mahupun mekanikal.

Jadi, adakah unit ujian Exora yang berjaya dikesan ini ‘keldai ujian’ awal versi MC4? Desas-desus mengatakan Exora MC4 akan mengalami perubahan kosmetik yang lebih ketara dan mungkin diperkenalkan pada tahun hadapan. Ingat lagi tak foto dua unit Exora berbungkus di tepi studio Proton|Design yang terpaksa dibawa turun sebelum ini?

Kami rasa, kemungkinan besar itulah Exora MC4. Sampai Proton pun boleh menggelabah dan kami diarahkan untuk menurunkan artikel tersebut serta-merta. Takut rahsia dah terbongkar ke? Untuk foto intipan ini memang kami tak boleh nak beri jawapan, tapi kami akan cuba mendapatkan sedikit maklumat.

Nantikan info selanjutnya!

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply