ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA K3 sedan versi China

Berita Global

Views

Foto-foto yang dikeluarkan oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China ini dikatakan model KIA K3 sedan versi negara tembok besar tersebut. Ia sama sekali berbeza dengan model yang dijual di pasaran luar. Di bahagian depan, model ini menampilkan rekaan jeriji bersaiz agak besar yang sekali imbas nampak seperti model Maserati.

Lampu depannya juga berbeza dengan model K3 versi Amerika Syarikat dan Korea (di Malaysia dipanggil Forte). Rekaannya lebih tirus memanjang dan tajam. Bentuk bamparnya juga berbeza dan pada pandangan kami rekaan ini lebih moden dan agresif.

Dari pandangan sisi, model versi China nampak sama dengan versi pasaran negara lain, tetapi di belakang ia turut mengalami perubahan. Yang paling ketara adalah rekaan bampar manakala reka bentuk lampu belakangnya pula masih mengekalkan bentuk asal tetapi diolah sedikit dan nampak lebih bergaya.

JOM BACA >> Land Rover menang kes ‘klon Evoque’

Di ruangan kabin, ia tidak mengalami perubahan yang ketara berbanding adik-beradiknya yang dijual di pasaran lain. Jika anda perasan, model yang mempunyai jeriji ala Maserati dan kelihatan sedikit kemasan biru pada bahagian bawah bamparnya itu sebenarnya adalah versi plug-in hybrid.

Di China, model K3 PHEV ini akan dilengkapi dengan enjin 1.6-liter yang menjana 104 kuasa kuda dan sebuah motor elektrik. Tiada butiran terperinci diberikan dan besar kemungkinan sistem tersebut turut digunakan oleh model Niro PHEV.

Versi lain akan mempunyai pilihan penjana tenaga sama ada enjin petrol 1.5-liter NA (113 kuasa kuda) atau enjin 1.4-liter turbo yang mampu menjana 128 kuasa kuda. Model ini akan membuat penampilan sulung di Auto China 2019, Shanghai dan akan mula dijual di negara tersebut pada bulan Jun. Sedan kompak ini akan dipasang secara tempatan di kilang usaha sama Dongfeng Yueda KIA.

JOM BACA >> INTIP : Proton teruskan ujian X70 CKD, Iriz dan Saga facelift

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply