ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan tenaga-baharu (NEV) China dihantui isu kualiti

Berita Global

Views

Akibat terlalu ghairah untuk menjadi peneraju dalam pengeluaran dan jualan kereta elektrik, Bloomberg melaporkan, isu kualiti kini sedang menghantui industri automotif tempatan di China. Negara kuasa besar Asia itu mula membina kenderaan tenaga-baharu (NEV) pada 2015 dengan memperkenalkan strategi industri ‘Made in China 2025’.

Sejumlah dana yang besar telah diperuntukkan untuk mengeluarkan dan menghasilkan bateri menerusi pelbagai bentuk subsidi dan kerajaan negara tersebut telah memberi mandat untuk pengeluaran kenderaan elektrik tanpa mengira permintaan. Tarif baharu juga telah dikenakan ke atas kereta import bagi menggalakkan rakyat untuk membeli kenderaan keluaran tempatan.

Strategi ini terbukti berkesan dan pada 2018, pengeluar kereta China telah berjaya menjual 1.256 juta unit NEV dan kebanyakannya adalah kereta elektrik. Negara tersebut mensasarkan untuk mencatatkan jualan 2 juta unit NEV pada 2020 dan ia kini dilandasan tepat untuk mencapai sasarannya.

JOM BACA >> Land Rover menang kes ‘klon Evoque’

Walau bagaimanapun, media China telah mula mendedahkan beberapa isu yang mula menghantui kebanyakan pengeluar tempatan. Pada tahun 2018, sejumlah 135,700 unit NEV telah ditarik balik seluruh China, lebih daripada 10 peratus jumlah pengeluaran kenderaan tersebut.

Antara isu yang sering dialami adalah berkaitan bateri, dengan sekurang-kurangnya 40 kenderaan terbakar secara spontan. Isu lain melibatkan bateri yang terlalu panas, kerosakan transmisi, odometer dan bateri cepat habis. Satu kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini di China telah mendapati hampir 70 peratus responden menyesal membeli NEV.

Disebabkan subsidi kerajaan dan pelbagai faktor lain, syarikat kenderaan elektrik baharu tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Dikatakan ia kini meningkat ke 500 syarikat NEV baharu  dan mereka telah mula meneroka, membina kenderaan hibrid dan elektrik. Ini semestinya bukan satu tugas yang mudah.

Untuk membantu meningkatkan kualiti NEV bajet, kerajaan sedang mencari jalan untuk menghapuskan subsidi bagi NEV yang mempunyai jarak lebih pendek. Hanya masa yang akan menentukan sama ada ia berjaya ataupun tidak untuk mengatasi masalah tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Proton teruskan ujian X70 CKD, Iriz dan Saga facelift

KLIK UNTUK BESARKAN

Gambar sekadar hiasan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply