ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA tayang foto acah Sportage 2022 – Tampil dengan rekaan lebih radikal

Berita Global

Views

Gergasi automotif Korea Selatan, KIA telah mula ‘mengusik jiwa’ warganet dengan menayangkan foto acah Sportage serba baharu (2022) yang bakal dilancarkan di negara “kimchi” tersebut bulan Julai nanti. Apa yang pasti, menerusi tiga foto acah yang dikeluarkan ini, Sportage 2022 memang berubah sama sekali dan tidak seperti model-model yang sebelumnya.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Setelah pengenalannya di Korea, KIA akan memperkenalkan versi untuk pasaran di Eropah pula pada bulan September. Sportage 2022 menampilkan lenggok bahasa rekaan “Opposites United” yang boleh dilihat pada muka hadapan dengan jeriji kemasan hitam yang digabungkan dengan lampu hadapan yang unik bersama lampu siang LED.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Reka bentuk belakangnya turut diperlihatkan sedikit dengan bentuk lampu menonjol serta garis bahu yang lebih berotot dan spoiler bumbung yang memperlihatkan gaya premium. KIA turut bermurah hati untuk memperlihatkan imbasan rekaan papan pemuka yang menampilkan kombinasi gaya minimalis dan futuristik, terutama pada bahagian skrin lebar yang berfungsi sebagai meter digital dan unit infohiburan.

Menurut naib presiden kanan dan ketua Pusat Reka Bentuk Global KIA, Karim Habib, dengan Sportage baharu, mereka bukan sahaja mahu melangkah ke hadapan, malah mahu SUV ini beralih ke tahap yang sama sekali berbeza dalam kelasnya. Butiran lanjut mengenai Sportage 2022 akan didedahkan oleh KIA dalam masa beberapa minggu lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply