ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kilang Naza di Gurun kini milik penuh Stellantis – Bakal hasilkan model Peugeot 3008, 5008 dan 2008

Berita Tempatan

Views

Stellantis yang menjadi pemilik jenama seperti Peugeot, Alfa Romeo dan Citroën baru-baru ini, telah mengambil alih sepenuhnya pemilikan NAZA Automotive Manufacturing Sdn Bhd serta kilang pengeluarannya di Gurun, Kedah.

Sebelum ini mereka mengoperasikan kilang pengeluaran itu secara usaha sama dengan Naza Corp. Menurut Stellantis, pemilikan penuh ini menandakan kejayaan penting bagi kumpulan itu di Asia Tenggara, dan ia merancang untuk melabur dan “mengembangkan kehadiran jenamanya” sejajar dengan strategi lokalisasi yang mantap.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Naib presiden kanan, pengedar am dan ASEAN di Stellantis, Christophe Musy, berkata pihaknya amat komited untuk mengembangkan kehadirannya di rantau ASEAN. Pengambil alihan fasiliti di Gurun, Kedah merupakan satu langkah penting untuk mengukuhkan lagi operasi, produksi dan tenaga kerja mereka di rantau ini.

Operasi pengeluaran di kilang tersebut kembali bersambung, dengan pelancaran model facelift Peugeot 3008 dan 5008. Model Peugeot 2008 pula akan mula dipasang bulan ini dan ia bakal menawarkan SUV kompak dari jenama mewah ke rantau ASEAN.

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Tambah Musy, pihaknya melihat kenaikan permintaan untuk Peugeot di rantau ini meskipun dalam situasi pandemik dan pengeluaran di kilang tersebut kini kembali semula ke tahap pra-pandemik, dengan meningkatkan jumlah pengeluaran untuk baki tahun 2021 bagi memenuhi permintaan di pasaran Malaysia, Thailand, Filipina serta pasaran ASEAN yang lain.

Ujar beliau lagi, pihaknya kini bekerjasama rapat dengan rakan kongsi bagi meningkatkan kapasiti kilang sehingga 40 peratus untuk memenuhi permintaan, dan ini digabungkan pula dengan perancangan produk yang kukuh serta keazaman untuk mencapai piawaian tertinggi dalam kualiti dan keselamatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply