ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kontraktor serang anggota polis di SJR, berang lori miliknya disaman

Berita Tempatan

Views

Marah kerana lori miliknya disaman, seorang kontraktor menyerang seorang anggota polis yang sedang melakukan sekatan jalan raya (SJR) di simpang Kampung Jebungan Jalan Mukah-Balingan, di Mukah, pagi semalam.

Menurut Berita Harian, Kira-kira jam 7.14 pagi, anggota polis berusia 26 tahun bersama rakan lain yang sedang melakukan sekatan jalan raya, didatangi suspek lelaki berusia 53 tahun itu dalam keadaan marah-marah dengan bersuara tinggi mendakwa anggota polis berkenaan menyaman lori miliknya.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, tidak lama selepas itu suspek beredar, namun datang semula jam 9.13 pagi.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, ketika datang kali kedua itu, suspek terus memegang pergelangan tangan kiri anggota polis berkenaan dengan kuat menyebabkannya mengalami kesakitan di pergelangan tangan kiri.

Ekoran itu anggota polis itu dengan bantuan anggota polis lain, anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di situ menahan suspek di tempat kejadian.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek adalah kontraktor yang menyediakan pengangkutan buah kelapa sawit dari ladang Sebakong ke Kilang Rinwood Mukah dan memiliki lima lori.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Suspek bertindak demikian kerana sebelum ini lori miliknya disaman oleh polis ketika sedang membawa muatan buah sawit.

Tambahnya, suspek ditangkap untuk siasatan lanjut manakala anggota polis dibawa untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di hospital Mukah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 323 kanun sama kerana mendatangkan kecederaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply