ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak sampai sejam selepas dijual, Nissan Skyline R34 harga RM165K ‘kecundang’ di tangan broker/runner

Tular

Views

Petang tadi tular beberapa foto sebuah Nissan Skyline R34 yang terlibat dalam kemalangan di Johor Bahru. Memang boleh dikatakan kereta tersebut ‘total loss‘ kerana ia remuk teruk di bahagian depan akibat merempuh sebatang pokok di tepi jalan.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Sebenarnya, ada cerita menarik di sebalik kejadian ini. Menurut info daripada pemilik akaun Instagram bernama Hafishazam, kereta tersebut baharu sahaja dijual kepada pemilik baharu secara tunai dengan harga RM165,000. Namun tidak sampai sejam proses tukar hak milik, kereta itu yang dipandu broker/runner yang dalam perjalanan untuk diserahkan kepada pemilik baharu terlibat dalam kemalangan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Lebih ‘menyayat hati’, kereta tersebut ‘kecundang’ lebih awal dan tidak sempat sampai ke tangan pemiliknya yang sebenar. Kereta ini ‘bukan kaleng-kaleng’, beberapa pengubahsuaian telah dibuat oleh pemilik sebelumnya.

Antara yang dimodifikasi adalah enjin RB26 twin turbo yang menggantikan enjin asal RB25 dengan pacuan roda belakang (RWD). Kereta ini juga ‘bebas kemalangan’ dan masih dalam keadaan yang baik sebelum kejadian malang ini berlaku. Takziah kepada pemilik, semoga tabah hadapi dugaan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply