Kegembiraan sekumpulan konvoi bermotosikal berkumpul sempena cuti hujung minggu di Tasik Kenyir kelmarin terbantut selepas lokasi berkenaan diserbu polis.
Malah, cubaan mereka meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran polis juga gagal memandangkan kawasan berkenaan sudah dikepung sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
Menurut Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu Superintendan Ismail Man berkata, operasi bermula jam 2 petang hingga 7 malam itu dilakukan susulan maklumat awam terdapat pergerakan jumlah motosikal yang banyak ke kawasan peranginan itu selepas Terengganu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula semalam.
Beliau berkata, pihaknya terlebih dahulu melakukan pemantauan sebelum bertindak mengepung kumpulan motosikal itu di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kenyir.
Katanya, sebaik menyedari kehadiran anggota, mereka cuba melarikan diri namun gagal kerana kita terlebih dahulu menyekat beberapa laluan sebelum kesemuanya ditahan di kawasan R&R Kenyir.
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
Hasil siasatan mendapati mereka ini terdiri daripada beberapa konvoi iaitu dari Kuala Terengganu, Dungun, Marang dan Kemaman sebelum bergabung sebaik tiba di kawasan tasik berkenaan.
Difahamkan, mereka ini datang untuk menikmati hidangan ikan baung dan bergambar di kawasan berkenaan namun kita menahan mereka sebelum mereka sempat masuk ke kawasan berkenaan.
Ismail berkata, sebanyak 160 motosikal berjaya ditahan dengan seramai 190 individu termasuk 20 wanita berusia antara 17 hingga 30 tahun turut diperiksa.
Katanya, sebanyak 94 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan seperti tiada cermin sisi, tidak mempamerkan pelekat L dan P, ubah suai ekzos, aksesori tidak sempurna, tiada nombor pendaftaran dan nombor plat tidak mengikut peraturan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
KOMEN TERKINI