ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naik taraf tembok penghadang konkrit, lorong kanan antara Senai Utara-Kulai ditutup mulai tengah malam ini

Berita Tempatan

Views

Lorong kanan antara Senai Utara ke Kulai, Johor di Kilometer (KM) 24.65 hingga KM27.25 (arah utara) Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama tiga bulan setengah kepada semua kenderaan mulai 12 tengah malam ini.

Menurut Harian Metro, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan lorong berkenaan sehingga 12 tengah malam 1 Januari 2022 adalah bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf tembok penghadang konkrit dilaksanakan dengan lancar.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Sepanjang tempoh itu, trafik di laluan terbabit akan dilencongkan ke lorong kiri dan lorong kecemasan bagi mengekalkan laluan dua lorong pada setiap masa.

Dalam masa sama, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik dan had laju 60 km/j serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

PLUS turut menasihatkan pengguna yang menghala ke utara supaya merancang perjalanan dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan.

Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang kecemasan (SOS) pada aplikasi tersebut sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply