ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kumpul koleksi Kereta Justice League di Caltex!

Views

Berita ini pasti akan menggembirakan para pelanggan dan peminat filem DC Comics yang merupakan ahli Kad Caltex JOURNEYTM. Promosi Kereta Justice League kini sedang berlangsung sehingga 31 Januari 2018 menawarkan enam koleksi figura-mini adiwira Justice League dan kereta kustom mereka. Pelanggan yang mempunyai Kad Caltex JOURNEY atau kad B Infinite hanya perlu berbelanja minima RM25 untuk pembelian petrol atau diesel di mana-mana stesen minyak Caltex dan layak untuk:

  • Membuat pembelian Kereta Justice League dengan harga RM15.
  • Menebus 100 BPoints dengan Kad Caltex JOURNEY atau kad B Infinite dengan bayaran tambahan RM11 untuk membeli Kereta Justice League; atau
  • Membuat penebusan penuh dengan 1200 BPoints dengan Kad Caltex JOURNEY atau kad B Infinite.

Promosi Kereta Justice League ini merupakan penghargaan kepada pelanggan setia Caltex untuk memastikan perjalanan mereka mendapat lebih ganjaran selain keseronokan dan kegembiraan. Pelangan juga boleh mendapatkan koleksi ke-7 figura-mini adiwira Justice League bersama-sama Kit Justice League yang ekslusif untuk melengkapkan koleksi mereka, sementara stok masih ada. Kepada mereka yang belum lagi menjadi ahli Kad Caltex JOURNEY mereka digalakkan untuk berbuat demikian di mana-mana stesen minyak Caltex.

Program Kesetiaan Kad Caltex JOURNEY yang bermatlamat untuk memberi ganjaran kepada pelanggan dengan menambah nilai pembelian petrol di stesen minyak Caltex selain pembelian di outlet B Infinite telah dilancarkan oleh Chevron Malaysia Limited dengan kerjasama BLoyalty Sdn. Bhd. sejak 15 Januari 2014.

Di bawah kerjasama ini juga, pemegang Kad Caltex JOURNEY boleh mendapatkan dan membuat penebusan BPoints menerusi lebih dari 80
peniaga B Infinite, di mana-mana 4,000 outlet peniaga seluruh negara, selain membuat pembelian dari stesen Caltex. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Kereta Justice League, layari www.caltex.com.my atau www.binfinite.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply