ARKIB

KATEGORI

Buletin

Laluan terhalang, pagar Litar Mandalika dirosakkan penduduk setempat

Berita Global

Views

Beberapa penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Dusun Embunut, Desa Kuta, Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat (NTB), telah merosakkan pagar di Litar MotoGP Mandalika untuk dijadikan sebagai laluan.

Menurut portal berita Kompas.com, mereka bertindak memotong pagar kawat yang dipasang mengelilingi litar disebabkan tidak mempunyai akses jalan.

Ketika ini puluhan ketua keluarga masih lagi mendiami kawasan yang masih belum dijual kepada pihak PT Indonesia Tourism Development Corporation (ITDC) yang menguruskan Kawasan Ekonomi Khusus (KEK) Mandalika.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Setakat ini, pembinaan litar berkenaan sudah berada pada fasa turapan terakhir. Menurut salah seorang penduduk bernama Junaidi, ada di kalangan mereka bertindak merosakkan pagar tersebut berikutan ia menghalang laluan ke pantai berhampiran, kerana sebahagian besar daripada mereka bekerja sebagai nelayan.

Disebabkan pembinaan litar itu, mereka terpaksa menggunakan laluan alternatif yang agak jauh. Disebabkan pagar itu juga urusan mereka untuk keluar masuk lebih sukar.

Sebagai contoh, dia terpaksa menggunakan laluan lain yang jaraknya lebih dua kali ganda semata-mata untuk menghantar anaknya ke sekolah dengan motosikal.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Selain itu, ada juga penduduk lain yang menegaskan mereka tidak akan berpindah kerana masih belum menjual tanah berkenaan kepada pihak ITDC.

Mereka juga pernah beberapa kali bertemu dengan pihak ITDC bagi membincangkan isu berkenaan, namun masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sebelum itu, Pengurus ITDC Abdulbar M Mansoer, mengakui pembinaan litar tersebut mendapat bantahan keras daripada penduduk setempat.

Beliau berharap Forum Koordinasi Pemerintah (Forkopimda) NTB dapat membantu menyelesaikan isu yang berbangkit dengan kadar yang segera.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply