ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sanggup menabung selama dua tahun, lelaki ini beli skuter Yamaha Lexi 125 secara tunai

Tular

Views

Seorang lelaki dari seberang bernama Daniel Budi baru-baru ini tular di media sosial kerana sanggup menabung selama dua tahun bagi menunaikan impiannya untuk memiliki sebuah skuter.

Menurut portal AutoNetMagz.com, apa yang membuatkan kisahnya tular adalah kaedah pembayaran secara tunai, hasil tabungan tersebut.

Lelaki itu membawa beberapa bungkusan plastik berisi wang tunai dan syiling ke cawangan wakil pengedar Yamaha Mataram Sakti Setiabudi, Semarang, Jawa Tengah untuk membeli skuter idamannya.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Tambah menarik, wakil pengedar tersebut sanggup menghabiskan masa hingga lima jam untuk mengira jumlah pecahan wang syiling 500 rupiah dan 1,000 rupiah, termasuk wang kertas 1,000, 2,000, 5,000 dan 10,000 rupiah.

Jumlah keseluruhan wang tersebut bernilai kira-kira 22 juta rupiah (RM6,450)! Kata, Daniel, dia harus menabung setiap hari tidak kira berapa jumlahnya untuk menunaikan impian untuk memiliki Yamaha Lexi.

Pengurus Yamaha Mataram Sakti Setiabudi, Ayuni Wulan berkata, pembayaran secara tunai bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi dengan jumlah pecahan wang yang banyak, ia merupakan perkara baharu buat mereka.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambah Ayuni, berikutan pandemik COVID-19 ketika ini, pihaknya menerima bayaran tersebut dengan penuh rasa kesyukuran dan perlu mengiranya secara cermat dengan berpandukan standard protokol kesihatan yang ketat.

Harga bagi seunit Yamaha Lexi di pasaran republik itu ialah 24.7 juta rupiah (RM7,240). Model yang dilancarkan pada 2018 itu dikuasakan oleh enjin 125cc dengan teknologi BlueCore.

Ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti lampu kecemasan, ruang simpanan yang luas di bawah tempat duduk serta port untuk mengecas peranti pintar. Diharapkan kisah ini boleh memberikan inspirasi buat kita semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply