ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar lari – Tindakan pantas seorang ayah selamatkan anaknya dari dirempuh kereta

Berita Global

Views
Severe Hit and Run In Glassell Park

Kasih ayah sanggup berkorban nyawa. Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) ini telah membuktikan segalanya. Dalam rakaman video yang dramatik ini kita dapat melihat bagaimana seorang ayah telah berjaya menyelamatkan anak perempuannya dari dirempuh sebuah kereta jenis sedan.

Kejadian itu sebenarnya telah berlaku pada tahun lalu, namun Jabatan Polis Los Angeles baharu sahaja mengeluarkan rakamannya sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk menjejaki pemandu kereta itu yang telah melarikan diri.

Menurut polis, kejadian berlaku semasa kedua-dua mereka sedang melintas jalan di persimpangan San Fernando Road dan Hallett Avenue kira-kira jam 5:15 petang pada 16 November 2018. Ketika hampir tiba ke seberang jalan, tiba-tiba datang sebuah sedan meluru ke arah mereka. Lelaki tersebut bertindak pantas dengan menolak anaknya tetapi beliau tidak bernasib baik kerana kereta tersebut terus merempuhnya hingga tercampak ke tepi jalan.

JOM BACA >> GEV Patagonia – ‘Motorhome off-road’ mewah untuk kembara lasak

Rempuhan itu mengakibatkan lelaki tersebut patah tulang peha namun anak perempuannya hanya mengalami sedikit calar pada bahagian muka. Pihak polis kini sedang menjejaki pemandu tersebut kerana kesalahan langgar lari. Walau bagaimanapun, ia agak sukar kerana rakaman video tersebut kurang jelas dan tidak berjaya merakam nombor pendaftaran kereta tersebut.

Akibatnya, polis tidak pasti kereta jenama apa atau model terlibat dalam kemalangan tersebut tetapi mereka percaya ia berkemungkinan sebuah Toyota Camry. Wartawan NBC Los Angeles telah menemubual lelaki itu Michael DeVore, beberapa hari yang lalu dan beliau percaya pemandu tersebut adalah seorang wanita warga emas.

Wanita tersebut mungkin tidak perasan mereka kerana kedudukan kepalanya tidak melepasi papan pemuka. Mungkin itu yang menyebabkan wanita tersebut tidak nampak kelibat mereka berdua. Dalam temubual yang lain, DeVore berkata kepada KTLA yang beliau bukan seorang wira dan hanyalah seorang ayah. Beliau turut berharap wanita tersebut menyerah diri dalam masa terdekat.

Sumber : Carscoops.com

JOM BACA >> Land Rover menang kes ‘klon Evoque’

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply