ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki ini nak rakam video Mercedes-Benz SL (R107), sekali Tok Mat yang pandu dah…

Tular

Views

Baru-baru ini tular satu rakaman video yang dimuatnaik oleh Rizz Mahadi ke laman kumpulan Kereta Sebelum Tahun 2000 Official mengenai sebuah model ‘coupe‘ klasik keluaran Mercedes-Benz.

Pada asalnya dia hanya mahu merakam video kerana minat dengan kereta, namun tanpa disangka Mercedes-Benz SL (R107) itu dipandu sendiri oleh mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan atau lebih mesra dipanggil ‘Tok Mat’.

Model R107 dan C107 telah dihasilkan oleh Mercedes-Benz dari tahun 1971 hingga 1989 bagi menggantikan W113 SL-Class. Ia merupakan kereta dengan dua tempat duduk dengan pilihan bumbung yang boleh dibuka dan bumbung kekal yang dihasilkan dalam jumlah yang kecil.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Gelagat Tok Mat yang kelihatan tersenyum ketika disapa oleh perakam video itu telah menarik perhatian warganet kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang ‘berjiwa rakyat’.

Ada di antara komen mengatakan mereka pernah berkhidmat dengan beliau semasa menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di Cycle & Carriage Berhad yang merupakan pengedar rasmi jenama Mercedes-Benz di Malaysia, selama 10 tahun bermula dari 1994 sehingga 2004.

Tok Mat juga merupakan seorang bekas pemain bola sepak dan pernah digantung seumur hidup daripada bermain bola sepak oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ia berpunca daripada insiden layangan kad merah semasa perlawanan akhir liga tempatan pada tahun 1977 melibatkan pasukannya, NS Malays dengan NS Indians di padang Majlis Perbandaran Seremban.

Pada mulanya beliau hanya dilayangkan kad kuning kerana mengasari bekas pemain kebangsaan G. Torairaju dan kemudiannya membantah keputusan itu dengan menendang bola sehingga terkena pengadil.

Lalu beliau dilayangkan kad merah, namun beliau kemudiannya bertindak berani dengan merampas kad merah itu dari tangan pengadil sebelum membalingnya hingga tersangkut di atas pokok.

Kelakar betul la kisah ni kan, mesti ramai yang tak tahu. Betul tak?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply