Seorang lelaki disyaki pesakit mental mengalami kecederaan selepas cuba melanggar salah seorang petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR), di Jalan Batu Kawa, pagi tadi.
Menurut Suara Sarawak, tindakan suspek berusia 28 tahun itu bagaimanapun berjaya dikawal oleh pasukan operasi dengan menendang tayar hadapan motosikal ditunggangnya, menyebabkan suspek rebah daripada motosikal.
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, insiden berlaku sekitar jam 9.30 pagi di mana suspek didapati menunggang motosikal dalam keadaan berbogel serta mabuk, dan bersikap sedikit agresif.
Sebelum itu, suspek menunggang sebuah motosikal Yamaha berwarna biru cuba melanggar salah seorang petugas sehingga menyebabkan pengadu terpaksa bertindak menendang tayar bahagian hadapan motosikal terbabit.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Akibatnya suspek mengalami kecederaan luka di bahagian tangan kanan setelah jatuh dari motosikal. Tambahnya, suspek seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan serta pemeriksaan lanjut.
Jelasnya, menurut ahli keluarga suspek dia ada mengalami masalah mental. Susulan kes itu katanya, suspek akan ditahan lanjut setelah mendapatkan rawatan di hospital. Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI