ARKIB

KATEGORI

Buletin

Parkir hospital ATM siap siaga jadi wad pesakit COVID-19

Berita Tempatan

Views

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyediakan Zon Pengurusan Bencana (DMZ) sebagai wad rawatan pesakit COVID-19 di parkir tingkat bawah, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di Kuala Lumpur.

Menurut Berita Harian, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata DMZ untuk menampung keperluan rawatan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 yang semakin meningkat di Lembah Klang.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, persiapan menyediakan DMZ medan itu selesai sepenuhnya hari ini dengan bantuan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA). DMZ beroperasi sepenuhnya untuk menerima pesakit COVID-19 bagi kategori 4 dan 5 hari ini juga.

Beliau trrut melihat tahap persediaan staf perubatan yang terbabit serta keupayaan DMZ, tengah hari tadi diiringi Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Affendi berkata, ruang pakir yang digunakan sememangnya ruang yang diwartakan sebagai DMZ. Ruang itu direka khas semasa awal pembinaan hospital berkenaan bagi menghadapi kes bencana kimia dan biologi.

Tambahnya, DMZ juga disokong dengan faktor kemudahan sedia ada yang terbina di ruang parkir itu daripada aspek bekalan kuasa elektrik, bekalan oksigen, port hampagas (vacuum ports) dan bantuan sokongan perubatan lain yang mampu mengendalikan pesakit dengan kapasiti yang bersesuaian.

Affendi berkata, DMZ yang berkeupayaan menyediakan 50 katil tambahan diletakkan di bawah pemerintahan Pegawai Memerintah hospital itu, Brigedier Jeneral Datuk Dr Rosman Ab Rahman dan Leftenan Kolonel Dr Mohamad Azlan Arrifin sebagai Komander Operasi DMZ.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Angkatan Tentera Malaysia

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply