ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lepas rakam tunggu saman sampai di rumah – Kaedah baharu JPJ cekup pesalah trafik

Tular

Views

Baru-baru ini kami ada kongsikan satu rakaman video yang memaparkan anggota Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menjalankan tugas rondaan bagi memantau pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik di sekitar Puchong, Selangor.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Video yang turut tular di beberapa laman sosial lain itu juga memperlihatkan beberapa penunggang motosikal telah disaman dengan hanya menggunakan alat perakam video mudah alih berdefinisi tinggi yang dipasang pada topi keledar anggota unit berkenaan bagi merekodkan kesalahan mereka.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Apa yang menarik, rakaman tersebut terus dihantar ke pejabat JPJ bagi mengesan nombor plat pendaftaran untuk dimasukkan sebagai bukti ke dalam sistem data mySIKAP secara dalam talian dan kemudian notis saman akan dikeluarkan dan dihantar terus ke rumah.

Jadi, mereka yang melakukan kesalahan jalan raya sebagai tidak memakai topi keledar dan lain-lain pastinya tidak akan terlepas sekiranya dihampiri oleh anggota UPB JPJ nanti. Jika anda dihambat oleh anggota UPB JPJ yang menunggang motosikal Kawasaki Versys 650 lengkap dengan siren dan juga strobe light, itu mungkin petanda yang anda telah melakukan kesalahan jalan raya dan hanya perlu menunggu ‘surat cinta’ sampai ke rumah tidak lama lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply