ARKIB

KATEGORI

Buletin

Logo pada stereng pecah – 260,915 unit Mazda3 dipanggil balik

Berita Global

Views

Berpunca daripada logo pada stereng pecah dan boleh mencederakan penumpang semasa beg udara mengembung, Mazda telah membuat keputusan untuk memanggil balik 260,915 unit Mazda3 yang dijual antara tahun 2004 dan 2007 untuk mengatasi masalah tersebut.

Menurut dokumen yang diterbitkan oleh Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), masalah tersebut mula dikesan pada 2015 dan insiden tersebut berlaku di luar Amerika Syarikat.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ia menyebabkan muka penumpang yang terlibat cedera akibat serpihan logo yang berkecai semasa beg udara mengembung ketika kemalangan.

Siasatan yang telah dijalankan oleh pembekal komponen Mazda telah mendapati bahawa hidrolisis disahkan berlaku pada logo yang pecah, yang diperbuat dari poliuretana. Telah dihipotesiskan bahawa reaksi mempercepat kemerosotan logo dan membuatnya lebih mudah pecah.

Pembekal membuat perubahan pada campuran kimia logo pada tahun 2006 dan ini bermakna, kenderaan yang dihasilkan selepas itu (model tahun 2007) tidak termasuk dalam penarikan balik.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Pada awalnya, Mazda menganggap tahap kecederaan pada muka adalah rendah, dengan alasan bahawa kecederaan muka pada laporan awal serupa dengan yang berlaku semasa penggunaan beg udara yang normal. Namun, pada tahun 2019, mata penumpang telah mengalami kecederaan berpunca daripada logo yang pecah.

Tahun ini, Mazda menerima insiden lapangan kesepuluh di seluruh dunia dan bimbang kecederaan mungkin bertambah buruk. Berdasarkan dokumen itu, mereka telah membuat keputusan untuk memanggil semula model yang terlibat.

Pemilik Mazda3 dari tahun model 2004 hingga 2007 akan dihubungi menerusi surat pemberitahuan yang akan mula dihantar pada 28 Ogos. Mazda akan menggantikan logo pada stereng itu secara percuma.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply