ARKIB

KATEGORI

Buletin

Had laju 30 kilometer sejam hampir semua jalan di Paris bermula akhir Ogos

Berita Global

Views

Paris akan menguatkuasakan had laju 30 kilometer sejam melibatkan hampir semua jalan di kota raya itu akhir Ogos ini dalam usaha mengurangkan kemalangan dan pencemaran bunyi, kata seorang pegawai kelmarin.

K! ONLINE melaporkan, Datuk Bandar, Anne Hidalgo, berjanji akan mengurangkan jumlah ruang awam yang disediakan untuk kereta di Paris. Kota raya itu merupakan antara yang paling padat di Eropah.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Setakat ini, kira-kira 60 peratus jalan raya di ibu kota Perancis itu mempunyai had laju 30 kilometer sejam, manakala sejak Hidalgo memegang jawatan tersebut pada 2016, banyak jalan diubah menjadi satu lorong atau dijadikan kawasan siar kaki.

Selepas Ogos ini , hanya jalan utama di Paris akan membenarkan kelajuan lebih tinggi, kata Timbalan Datuk Bandar, David Belliard. Katanya, matlamatnya adalah untuk mengurangkan ruang yang diambil oleh kereta termasuk melalui kaedah mengurangkan had laju kenderaan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Belliard berkata, pihaknya akan menjadikan jalan-jalan lebih selamat kepada penunggang basikal dan pejalan kaki. Langkah itu dilakukan ketika Hidalgo meneruskan rancangan untuk memansuhkan 60,000 daripada 140,000 tempat letak kereta di Paris.

Motosikal dan skuter yang dibenarkan untuk meletak kenderaan secara percuma juga harus mula membayar caj parkir pada tahun depan apabila bayaran tempat letak kereta juga akan meningkat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit CNN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply