ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus bakal lancar kereta sport baharu tahun depan

Berita Global

Views

Menurut laman Carscoops.com, Lotus kini dilaporkan sedang mempersiapkan sebuah kereta sport baharu yang bakal dilancarkan tahun depan, yang pertama sejak Geely menjadi pemilik syarikat tersebut. Model tersebut dikatakan bakal menggunakan pelantar aluminium sedia ada yang dirombak semula dan akan tiba di pasaran sebelum generasi baharu Elise, Exige dan Evora.

Ia telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, Phil Popham. Model generasi baharu Elise, Exige dan Evora dijangka memasuki pasaran dalam masa tiga atau empat tahun lagi, sekitar tahun 2022 atau 2023 dan kesemua model ini akan dibina dari pelantar serba baharu yang kini sedang dibangunkan.

Untuk model baharu tahun depan, ia dijangka untuk mengekalkan DNA pemanduan jitu syarikat tersebut tetapi ia menawarkan lebih praktikaliti untuk kegunaan seharian. Lotus akan menjadikan model tersebut lebih selesa, selain mempertingkatkan ergonomik dan menawarkan sistem infohiburan yang lebih baik.

JOM BACA >> Pelancaran Proton Iriz dan Persona facelift mungkin ditunda ke bulan depan?

Setakat ini, Evora dengan konfigurasi tempat duduk 2+2 merupakan model paling praktikal dalam barisan model Lotus sedia ada. Popham berkata, model baharu itu akan menjadi penghubung kepada era baharu pengeluar kereta dari British itu. Menurutnya, semua model akan datang bakal menggunanakan penjana tenaga elektrik, namun butiran lanjut masih lagi dalam perbincangan.

Tumpuan kini adalah bagi menggantikan produk sedia ada dan untuk jangka panjang, masih samar lagi apa yang diperlukan oleh Lotus. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengulas apa-apa mengenai perancangan syarikat tersebut untuk mengeluarkan setidak-tidaknya sebuah SUV seperti mana yang telah dilaporkan sebelum ini.

Pelantar yang akan menjadi asas kepada generasi baharu Elise, Exige dan Evora itu masih lagi pada peringkat awal. Ia akan berbeza berbanding pelantar sedia ada dan reka bentuknya akan mematuhi peraturan di semua pasaran global, termasuk di China dan Amerika Syarikat.

JOM BACA >> Geely SX12 – Adakah ini satu lagi bakal SUV Proton?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply