ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mabuk dan pandu lawan arus sejauh 3 km – Pemandu Vios ditahan

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki dalam keadaan mabuk ditahan selepas memandu melawan arus sejauh tiga kilometer (km) di KM23 hingga KM20 kesas, tengah malam tadi.

Menurut K! ONLINE, penahanan suspek berusia 36 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 12.01 tengah malam oleh pasukan peronda Lebuh Raya.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek yang bekerja membaiki dapur itu telah melawan arus dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vios dari susur Bandar Puteri sehingga plaza Tol Kota Kemuning.

Katanya, ujian alat EBA II atau alkohol dijalankan terhadap suspek adalah positif iaitu melebihi had bacaan 100 miligram yang ditetapkan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Tambah beliau, hasil semakan turut mendapati suspek mempunyai tiga rekod saman trafik kerana terlibat dalam kemalangan dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular video berdurasi sembilan saat memaparkan aksi lelaki tersebut memandu melawan arus menggunakan laluan pertama di Kesas sehingga membahayakan pengguna lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply