ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mahu cabar Volkswagen dan Toyota, NIO tubuh jenama massa baharu

Berita Global

Views

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, NIO mengumumkan yang mereka kini sedang menubuhkan satu jenama massa baharu yang bakal menyaingi Volkswagen dan Toyota.

Ketika ini jenama NIO yang sedia ada disasarkan untuk bersaing dengan BMW dan Audi. Menurut laporan Reuters, mereka kini berhasrat untuk menceburi pasaran yang lebih mampu milik dan mahukan EV dengan harga lebih murah berbanding kenderaan keluaran Tesla.

Ketua eksekutif NIO, William Li berkata, hubungan antara jenama itu dengan jenama pasaran massa baharu nanti adalah seperti Audi-Volkswagen dan Lexus-Toyota.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Tambahnya, mereka mahu memberikan produk dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga lebih rendah berbanding yang ditawarkan oleh Tesla Inc.

Beliau berkata, NIO juga tidak bercadang untuk menghasilkan kenderaan yang akan bersaing dengan Wuling Hong Guang MINI EV, yang dibangunkan hasil usahasama antara GM dan SAIC.

Ketika ini jenama tersebut telah mengeluarkan tiga model SUV menerusi kilang pengeluarannya di Hefei.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Syarikat tersebut mencatatkan kerugian sebanyak 659.3 juta yuan pada suku kedua dan telah menyerahkan sebanyak 21,879 unit kenderaan antara bulan April dan Jun, lebih sekali ganda berbanding hanya 10,331 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Barisan model baharu NIO dijangka akan bertambah tahun depan, bermula dengan pengenalan model sedan ET7 yang kemudiannya disusuli dengan dua model lagi dalam tahun yang sama.

Walaubagaimanapun, Li tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai bilakah syarikat tersebut mahu melancarkan jenama baharu itu, termasuk rupa model pertama yang bakal dilancarkan nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply