ARKIB

KATEGORI

Buletin

Diskaun saman sehingga 70 peratus sempena Hari Merdeka ke-64 bermula esok – JPJ

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada semua saman yang boleh dikompaun kecuali kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

Menurut Sinar Harian, JPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, tawaran itu adalah bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Pengurangan kompaun yang bermula esok (Rabu) sehingga 16 September 2021 ini akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Tambah kenyataan itu, pengurangan ke atas notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ. Ia turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh tersebut.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tawaran pengurangan notis saman ini dibuat bagi tujuan meringankan beban rakyat, selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda segenap lapisan masyarakat di negara ekoran daripada pandemik COVID-19.

Kata kenyataan itu, urusan pembayaran notis saman ini boleh dibuat di semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan UTC, kiosk atau secara dalam talian (online) melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my/).

Walau bagaimanapun, bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam, pesalah dikehendaki untuk hadir semula ke pejabat JPJ (Cawangan ataupun Negeri) bagi tujuan proses dokumentasi semula sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply