ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Malaysia Street di Gaza, hadiah rakyat Palestin sempena Hari Kemerdekaan ke-64

Berita Global

Views

Sumbangan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin akhirnya diabadikan dan dijadikan ‘sebahagian’ daripada negara Asia Barat itu.

Menurut Berita Harian, sejak merintis pelbagai usaha perdamaian, desakan di peringkat antarabangsa, misi kemanusiaan dan solidariti, Palestin kini menzahirkan penghargaan dengan menamakan sebatang jalan berhampiran kota Gaza sebagai ‘Malaysia Street‘,

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Palestin-Malaysia (PCOM), Muslim Imran, berkata pembinaan papan tanda yang tertera ‘Malaysia Street’ di laluan masuk itu diluluskan Majlis Perbandaran Gaza.

Katanya, Majlis Perbandaran Gaza menamakan sebatang jalan di daerah barat Gaza sebagai ‘Malaysia Street’, bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia. Lokasi (jalan ini ialah) berdepan Bulatan Ansar, barat kota Gaza.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Sambil memuat naik gambar yang menyaksikan tiga lelaki sedang giat melakukan kerja pembinaan, papan tanda berwarna itu antara lain tertera penjelasan di sebalik keputusan nama jalan terbabit.

Menurut terjemahan bahasa Arab pada papan tanda itu, Malaysia mempunyai peranan penting dalam membantu perjuangan rakyat Palestin, dengan berterusan mendesak supaya menghentikan penjajahan Israel dan memperuntukkan semua hak sewajarnya kepada rakyat Palestin.

Malaysia sebagai negara yang bebas daripada belenggu penjajah British pada 31 Ogos 1957 juga menolak sebarang bentuk normalisasi menerusi tindakan penjajahan yang didalangi Israel.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Twitter Muslim Imran

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply