ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus rancang empat model EV baharu menjelang 2026, SUV bakal tiba tahun depan

Berita Global

Views

Setelah pelbagai desas-desus dan spekulasi, Lotus akhirnya mengumumkan yang mereka bakal melancarkan empat model kenderaan elektrik (EV) menjelang 2026.

Kesemua model baharu itu merupakan sebahagian daripada strategi Vision80, yang menggariskan transformasi Lotus untuk menjadi sebuah jenama EV global bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-80 penubuhannya pada 2028.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Model pertama yang bakal menyertai hypercar Evija dan model pembakaran dalaman terakhir Lotus, Emira, adalah SUV emisi-sifar yang dibangunkan dari pelantar baharu dan akan dipasarkan sebagai “kenderaan gaya hidup premium” yang bakal diperkenalkan tahun depan.

SUV EV ini akan dibangunkan dari pelantar seni bina Lotus Premium, yang merupakan salah satu daripada empat pelantar yang diumumkan oleh pengeluar tersebut pada April lalu. Dikatakan, SUV ini mempu memecut dari keadaan pegun ke 60 batu sejam (0-96 kilometer sejam) di bawah tiga saat!

Bakalan kuasa pad tren kuasa model ini akan dibekalkan oleh bateri berkapasiti 92-120 kWh dan ia juga akan menggunakan sistem pengecasan EV berkelajuan tinggi 800-volt yang digembar-gemburkan sebagai yang tercanggih dalam industri.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Selain SUV pertama mereka, Lotus akan turut memperkenalkan sebuah model coupe empat-pintu elektrik sepenuhnya pada 2023, diikuti dengan sebuah lagi SUV yang bersaiz lebih besar pada tahun berikutnya. Akhir sekali, sebuah kereta sport elektrik sepenuhnya akan dipekenalkan pada 2026 bagi melengkapkan barisan EVnya dalam tempoh lima tahun dari sekarang.

Lotus turut mengembangkan operasinya dengan majlis pecah tanah ibu pejabat terbaharunya yang terletak di Wuhan, China. Pembinaan fasiliti yang digelar Lotus Technology ini dijangka akan selesai pada 2024 dan sebuah kilang baharu akan turut memulakan operasinya pada penghujung tahun ini.

Kilang baharu ini akan memiliki sebuah litar ujian pintar bersepadu, di mana kenderaan yang akan diuji diangkut dengan kenderaan swapandu. Menurut pengarah urusan Lotus, Matt Windle, mentransformasikan Lotus daripada sebuah syarikat kereta sport UK kepada syarikat kereta global berprestasi tinggi sentiasa menjadi teras Vision80.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply